Teknologi retort tingkat jangka hayat makanan hotel - Utusan Malaysia

Teknologi retort tingkat jangka hayat makanan hotel

ALEXANDER NANTA LINGGI (tengah) menyampaikan bantuan makanan kepada 200 KIR dalam kawasan DUN Jelai di Lipis, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menggunakan teknologi mesin pembungkusan retort’ untuk meningkatkan jangka hayat lebihan makanan yang masih baik dan belum disentuh daripada industri perhotelan di negara ini.

Bungkusan retort adalah kaedah pembungkusan makanan dicipta dengan pemprosesan aseptik yang diperbuat daripada pelbagai lapisan fleksibel laminat.

Teknologi berkenaan membenarkan pensterilan pelbagai makanan dan minuman.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, teknologi itu merupakan langkah inovatif untuk mengumpul dan menyelamatkan makanan sebelum diagih kepada golongan sasaran.

Menurutnya, projek perintis akan dimulakan di Hotel Seri Malaysia di Perlis dan Hotel Primula di Terengganu.

“Pihak kementerian dalam pada itu telah pun mewujudkan Akta Perlindungan Penderma Makanan 2020 yang diwartakan pada 13 Mac tahun lalu bertujuan menggalakkan sumbangan makanan kepada golongan yang memerlukan.

“Akta itu untuk meredakan kebimbangan penderma terutama pihak industri tentang risiko tindakan undang-undang jika berlaku perkara yang tidak diingini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau hari ini menyampaikan bantuan tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat-syarikat terpilih kepada 200 keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Nanta Linggi berkata, menerusi penggabungan akta berkenaan dan teknologi retort serta sambutan dari pihak industri, kementerian yakin dapat mencapai objektif pembaziran makanan sifar sebagai budaya hidup rakyat.

Oleh itu tegasnya, kementerian mengalu-alukan penglibatan pemain industri peruncitan dan pengedaran makanan turun padang menyantuni rakyat.

Dalam pada itu katanya, kementerian itu hari ini mewakili syarikat terpilih menyampaikan bantuan makanan kepada 200 ketua isi rumah (KIR) dalam kawasan DUN Jelai sebagai tanggungjawab sosial kepada masyarakat terbabit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya