KUANTAN: Talian telefon bimbit Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dipercayai digodam sejak awal pagi hari ini.
Wan Rosdy berkata, laporan polis akan dibuat bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.
“Saya memohon maaf kepada semua pihak yang mungkin cuba berkomunikasi dengan saya menerusi talian telefon bimbit tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE