Taktik pusat urut tawar pelacur guna pintu khas - Utusan Malaysia

Taktik pusat urut tawar pelacur guna pintu khas

SEBAHAGIAN individu dipercayai terbabit aktiviti persundalan ditahan polis di sebuah premis petang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Sebuah pusat urut yang menggunakan pintu khas bagi memudahkan pelanggan mereka keluar masuk untuk melanggan pelacur terbongkar apabila diserbu polis di bandar ini, petang semalam.

Dalam serbuan pada pukul 2.50 petang, pusat urut berkenaan juga hanya menerima lelaki hidung belang yang sering melanggan wanita warga asing dari Vietnam dan China di situ bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kegiatan persundalan terbabit dipercayai didalangi seorang ibu ayam warga tempatan berusia awal 30-an.

“Hasil pemeriksaan polis mendapati seramai tujuh perempuan dan tiga lelaki termasuk warganegara asing disyaki menjalankan aktiviti pelacuran di premis tersebut.

“Dua lelaki tempatan yang dipercayai pelanggan dan seorang perempuan tempatan yang disyaki penganjur aktiviti pelacuran berumur antara 20 hingga 52 tahun turut ditahan dalam operasi itu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ismail berkata, sejumlah kondom, cecair pelincir, minyak urut dan wang tunai yang dipercayai hasil aktiviti pelacuran tersebut juga telah dirampas polis.

Beliau berkata, risikan dan siasatan mendapati aktiviti persundalan di premis itu telah beroperasi kira-kira sebulan.

“Pihak polis terpaksa memecah masuk premis berkenaan kerana suspek tidak memberi kerjasama apabila bertindak mengunci pintu dari dalam,” katanya.

Kata Ismail, kes disiasat di bawah Seksyen 372B dan Seksyen 373 Kanun Keseksaan kerana menjalankan aktiviti pelacuran serta kesalahan di bawah Akta Imigresen.

“Kesemua tangkapan direman selama tujuh hari mulai hari ini hingga 28 Febuari untuk siasatan lanjut. Tiga kompaun sebanyak RM1,000 setiap seorang turut dikenakan terhadap tiga suspek kerana telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan yang telah ditetapkan,” katanya.

Tambah beliau, polis memohon orang ramai segera menyalurkan maklumat jika mengesan sebarang aktiviti seperti itu dan menasihatkan orang ramai agar patuh kepada SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya