Tak serik tukar barang lintas Sungai Golok - Utusan Malaysia

Tak serik tukar barang lintas Sungai Golok

Mohamad Roy Suhaimi Sharif (tengah) memberikan penerangan kepada Datuk Abd. Rahim Jaafar (kanan) ketika turun padang bersama pegawainya meninjau situasi terkini runtuhan tebing di Kampung Pohon Chelagi, Pasir Mas semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Walaupun diberi amaran keras supaya berhenti aktiviti tukar barang menggunakan botol atau bungkusan plastik yang ditarik menggunakan tali merentangi Sungai Golok, masih ada yang keras kepala dan berani melakukan aktiviti tersebut.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Rahim Jaafar berkata, aktiviti itu dikesan masih berlaku oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) ketika pemantauan menerusi dron.

Selepas ini tiada lagi kompromi kata beliau, dan jika tertangkap, individu terlibat dengan aktiviti tukar barang itu bakal berdepan tindakan undang-undang.

“Pemantauan berterusan akan dilakukan oleh anggota PGA bagi memastikan aktiviti tersebut tidak lagi dilakukan penduduk setempat.

“Jika dibiarkan kita bimbang jika ada yang mengambil kesempatan meletakkan barang-barang salah seperti dadah dan sebagainya menggunakan kaedah tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau turun padang meninjau situasi terkini kejadian runtuhan tebing di Kampung Pohon Chelagi yang dikesan masih lagi berlaku pergerakan tanah.

Turut hadir Timbalan Pengarah KDNKA, Datuk Kashuadi Ali; Ketua Polis negeri, Datuk Shafien Mamat; Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Hassan Basri Ahmad Safar dan Ketua Polis Daerah, Mohamad Roy Suhaimi Sharif.

Akhbar pada 14 Febuari lalu melaporkan amaran polis agar penduduk di sempadan Malaysia-Thailand di sini menghentikan kegiatan bertukar-tukar barang merentasi Sungai Golok menggunakan botol atau bungkusan plastik yang ditarik menggunakan tali.

Ia susulan klip video pendek 25 saat yang tular dalam aplikasi TikTok beberapa hari lalu menunjukkan dua lelaki sedang menarik bungkusan plastik menggunakan tali melintasi Sungai Golok yang merupakan sempadan Kelantan dengan Thailand.

Difahamkan, selepas kedua-dua negara menutup sempadan bagi mencegah penularan Covid-19, penduduk di sekitar sungai itu mula menggunakan kaedah tersebut untuk bertukar-tukar barangan seperti wang, ubat-ubatan serta urusan surat-menyurat.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya