Tak perlu takut terima suntikan vaksin - Utusan Malaysia

Tak perlu takut terima suntikan vaksin

SAARANI Mohamad (dua dari kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada guru dalam Program Pecutan Akhir-Kelas SPM 2020 DUN Kota Tampan di Lenggong, Perak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LENGGONG: Rakyat tidak perlu takut menerima vaksin Covid-19 yang akan bermula bulan depan.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, rakyat juga tidak seharusnya mudah terpengaruh dengan hasutan pihak tertentu khususnya golongan anti vaksin sehingga menolak untuk menerima suntikan.

“Saya rayu seluruh rakyat Perak agar terima vaksin ini secara terbuka, jangan ada yang takut atau mudah dihasut dengan pelbagai pihak hingga ada yang mengelak daripada menerima vaksin ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Pecutan Akhir-Kelas SPM 2020 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Tampan di sini hari ini.

Program itu anjuran Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan dengan kerjasama Pertubuhan Aspirasi dan Pembangunan Integrasi Kebangsaan (NADI) Sungai Siput.

Mengenai suntikan vaksin Covid-19 kepada rakyat di negeri ini, Saarani berkata, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan untuk berangkat meninjau persiapan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Stadium Indera Mulia di Ipoh pada 23 Februari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya