‘Tak boleh kawal reaksi orang’ – Adibah Noor - Utusan Malaysia

‘Tak boleh kawal reaksi orang’ – Adibah Noor

ADIBAH NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon terkenal, Adibah Noor, 51, tidak ‘melatah’ apabila segelintir warganet mengecam tindakannya membetulkan sebutan bahasa Inggeris Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun.

Sebaliknya jelas Adibah, dia tidak dapat mengawal reaksi orang ramai terhadap tindakannnya itu dan terpulang andai ada yang mahu mengecam atau menerima terguran tersebut dengan hati terbuka.

“Saya tak boleh kawal apa reaksi orang ramai. Yang boleh terima, alhamdulillah. Belajar sama-sama, yang tak boleh terima, tak mengapa.

“Semoga kita semua dapat manfaat daripada sikap kita,” jawabnya ringkas ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Perkongsian Adibah menerusi sebuah video yang dimuat naik di Twitternya mengundang reaksi negatif yang beranggapan penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu sekadar mahu meraih populariti dan memalukan.

Malah segelintir warganet beranggapan tindakannya itu hanyalah untuk memalukan Rina dan tidak perlu memuat naik video sekadar untuk membetulkan sebutan yang salah.

Terdahulu, Rina menjadi buah mulut gara-gara kekok berbahasa Inggeris ketika berucap di persidangan Suruhanjaya Pembangunan Sosial (CSocD59), Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) bagi sesi ke-59.

Sejak kebelakangan ini, nama Rina turut sohor di media sosial setelah dilihat menjadi model dan memperagakan busana baju kurung klasik pereka fesyen terkenal.

Bagaimanapun, tindakan Ahli Parlimen Titiwangsa itu menerima kecaman netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya