Syair 300 tahun angkat ajaran ASWJ - Utusan Malaysia

Syair 300 tahun angkat ajaran ASWJ

ARIPIN Said menunjukkan Syair Asyikin yang disalin Kadi Ibrahim Abu Hurairah di Masjid Kampung Pagar di Lipis, Pahang sekitar tahun 1830 hingga 1924.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Senaskah manuskrip Syair Asyikin karangan Imam Shahibuddin Zainal Abidin pada abad ke-18 satu penemuan berharga iaitu gambaran kegiatan dakwah kepada masyarakat Melayu pada zaman itu.

Tokoh Warisan Orang Hidup Kebangsaan, Prof. Datuk Dr. Aripin Said berkata, syair berkenaan bertema akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) yang mana impaknya menjadi amalan orang Islam turun-temurun.

Katanya, Syair Asyikin memberi gambaran ‘pergolakan’ akidah masyarakat zaman itu yang banyak terpengaruh dengan beberapa fahaman yang bertentangan dengan ASWJ dalam pertengahan abad ke-18.

“Bagaimanapun manuskrip asal syair yang berusia kira-kira 300 tahun itu atau dalam sekitar tahun 1700 telah hilang dan tidak dapat dikesan,” katanya ke pada Utusan Malaysia di sini semalam.

Aripin berkata, generasi terkemudian bernasib baik kerana ulama Pahang, Kadi Ibrahim Abu Hurairah (1830-1924) sempat menyalin semula syair itu dalam tulisan jawi mengandungi 144 rangkap.

“Syair Asyikin adalah karangan ulama Pahang Imam Shahibuddin (1650-1770) yang mengasaskan pondok pengajian Kampung Berhala Gantang, Temerloh.

“Tema Syair Asyikin adalah berkaitan dengan ajaran Islam yang menolak ajaran sesat yang terdapat di Pahang dalam pertengahan abad ke-18,” katanya.

Syair itu jelasnya, menggalakkan penuntut mempelajari ilmu yang berasaskan al-Quran dan sunnah dan mematuhi tafsiran ulama yang muktabar seperti Imam Nawawi, Imam Ghazali dan Imam Ilmu Hajar.

“Oleh itu Syair Asyikin yang menjadi kitab rujukan penting Kadi Ibrahim untuk memberi nasihat dan peringatan dari Imam Shahibuddin kepada penuntut tidak tersesat daripada amalan ASWJ,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya