Sumbangan RM100 ditambah barangan bernilai RM100 untuk 120 nelayan - Utusan Malaysia

Sumbangan RM100 ditambah barangan bernilai RM100 untuk 120 nelayan

NOOR Tuah Jaafar (kiri) mengiringi Saiful Azmi Suhaili (dua kiri) menyampaikan sumbangan secara pandu lalu kepada nelayan DUN Kemasik di Kemaman semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seramai 120 nelayan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik menerima bantuan wang tunai RM100 dan barangan keperluan asas dengan nilai yang sama bertujuan meringankan beban golongan tersebut yang terkesan akibat musim tengkujuh di samping pandemik Covid-19.

Bantuan tersebut merupakan sumbangan anak syarikat kerajaan negeri, Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC).

Ketua Pegawai Strategik Kumpulan EPIC, Noor Tuah Jaafar berkata, sumbangan menerusi program EPIC Cakna dan Prihatin Edisi Khas Nelayan 2021 itu difokuskan kepada golongan nelayan yang terjejas disebabkan musim tengkujuh dan situasi semasa Covid-19 yang semakin meningkat.

“EPIC sentiasa bersedia untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan dan memerlukan, semoga usaha kita ini dapat mengurangkan bebanan para nelayan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Yang hadir sama ADUN Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili.

Pemberian bantuan kepada golongan sasar itu dibuat secara pandu lalu dengan kerjasama Pejabat ADUN Kemasik dan Sabasun HyperRuncit Sdn. Bhd. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN