Sumani lara, lembunya terus jadi mangsa pak belang - Utusan Malaysia

Sumani lara, lembunya terus jadi mangsa pak belang

SEEKOR anak lembu betina milik Sumani Mohamad dibaham harimau di Kampung Lubuk Periuk, Hulu Terengganu malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Seekor lagi lembu milik seorang penternak dari Kampung Lubuk Periuk, di sini ditemukan mati pagi ini akibat dibaham harimau selepas kali terakhir pada Sabtu lalu.

Sumani Mohamad, 59, kejadian terbaharu itu melibatkan anak lembu betina berumur enam bulan yang bangkainya dijumpai pada pukul 7.30 pagi ini ketika dia meronda di kandang.

Dia tidak menolak kemungkinan ternakannya itu menjadi mangsa pak belang antara pukul 2 hingga 5 pagi.

“Saya masih meronda untuk melihat jika ada lagi lembu yang dibaham harimau dan kejadian malam tadi ini merupakan yang terbaharu selepas Sabtu lalu.

“Saya difahamkan pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu sudah turun padang dan memasang kamera, jadi saya berharap langkah lanjut dapat diambil agar tiada lagi lembu saya yang diserang harimau,” katanya ketika ditemui hari ini.

Baru-baru ini media melaporkan dua lembu milik Sumani mati berturut-turut akibat dibaham harimau belang pada Khamis dan Sabtu lalu.

Sumani yang mengusahakan ternakan itu bersama menantunya, Mohd. Razif Wadoi, 30, berkata, bilangan lembunya kini hanya tinggal kira-kira 70 ekor berikutan ancaman pak belang sejak 10 tahun lalu.

Katanya, kematian lembu yang semakin kerap turut menyebabkan mereka kerugian hampir RM40,000 setelah lebih 20 ternakannya mati dibaham harimau yang dipercayai berasal dari hutan simpan berhampiran. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya