Sukarelawan bantu sanitasi dewan peperiksaan SPM - Utusan Malaysia

Sukarelawan bantu sanitasi dewan peperiksaan SPM

SUKARELAWAN MBJGM turun padang selama tiga hari berturut-turut untuk melakukan sanitasi terhadap dewan peperiksaan SPM di sekolah-sekolah di Gua Musang hari ini. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Menjelang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) esok, sukarelawan Majlis Belia Jajahan Gua Musang (MBJGM) melakukan sanitasi terhadap dewan peperiksaan di 11 sekolah menengah di seluruh jajahan ini.

Menurut Yang Dipertua MBJGM, Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani, selain Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), pihaknya turut melakukan sanitasi di Sekolah Menengah Agama (SMA) di bawah kendalian kerajaan negeri.

Katanya, proses sanitasi itu berlangsung selama tiga hari membabitkan dewan sekolah dan bilik darjah yang akan digunakan untuk calon menduduki peperiksaan SPM.

“Aktiviti ini dijayakan dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Malaysia, Skuad Sabil Gua Musang dan Coway Malaysia.

“Ini merupakan satu bentuk khidmat masyarakat kami bagi membantu kerajaan membendung penularan Covid-19 dan memastikan kesihatan para pelajar yang bakal menduduki SPM,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Antara sekolah terlibat ialah SMK Tengku Indra Petra 1, SMK Tengku Indra Petra 2, SMK Sains Gua Musang, SMK Sri Wangi, SMK Paloh, SMK Bandar Chiku, SMK Chiku 2, SMK Sungai Asap dan SMK Tengku Bendahara.

Sekolah di bawah kerajaan negeri yang turut terlibat ialah Maahad Muhammadi Gua Musang dan SMA At Taqwa. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN