Sotong sejuk beku bernilai RM1.12 juta dirampas  - Utusan Malaysia

Sotong sejuk beku bernilai RM1.12 juta dirampas 

SEBANYAK 45 tan sotong sejuk beku dari China dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dalam pemeriksaan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), Pulau Pinang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri merampas kira-kira 45 tan sotong sejuk beku dari China dalam pemeriksaan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), di sini semalam.

Pengarah Maqis negeri, Zarina Ramli berkata, dalam operasi pukul 12.30 tengah hari itu, dua kontena produk tersebut disita selepas didapati cuba dibawa masuk ke negara ini tanpa permit import yang sah.

“Sehubungan itu, produk tersebut yang diisi di dalam 4,500 kotak seberat 45,000 kilogram yang dianggarkan bernilai lebih RM1.12 juta disita bagi siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Menurut Zarina, kes itu disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta728]. 

Tambah beliau, jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN