Serbuan premis hiburan, enam ditahan terlibat dadah - Utusan Malaysia

Serbuan premis hiburan, enam ditahan terlibat dadah

DZULKHAIRI MUKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis menahan enam individu dipercayai terlibat penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan yang dijalankan di sebuah pusat hiburan di Taman Nusa Bestari Jaya, Skudai, di sini awal pagi tadi.

Dalam serbuan berkenaan, polis turut mengeluarkan kompaun kepada 39 individu lain kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, serbuan terhadap pusat hiburan itu dijalankan pada pukul 1 pagi.

“Semasa pemeriksaan, terdapat 40 individu berusia antara 20 hingga 59 tahun berada di dalam premis berkenaan.

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap kesemua individu terbabit mendapati enam daripada mereka yang terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita positif dadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dzulkhairi memberitahu, pihaknya menahan keenam-enam suspek yang positif dadah dan seorang lelaki yang bertugas sebagai pengurus dan juruwang.

“Polis turut merampas satu unit televisyen, satu unit speaker, dua unit walkie-talkie, satu unit mikrofon, satu unit pemain CD dan dua helai kertas mengandungi senarai bilik yang ditempah pelanggan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Johor (ENJ) 4/98, Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Peraturan 16(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPPB) 2021,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya