20 premis di NS dikesan guna sijil, logo halal tanpa kebenaran - Utusan Malaysia

20 premis di NS dikesan guna sijil, logo halal tanpa kebenaran

SEMBILAN premis di Negeri Sembilan dikesan guna sijil, logo halal tanpa kebenaran
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak 20 premis perniagaan di negeri ini dikesan menggunakan sijil dan logo halal tanpa kebenaran dalam operasi bersepadu dijalankan pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) bersama-sama beberapa agensi pada tahun ini.

Pengarah JHEAINS, Datuk Mohd. Zaidi Ramli berkata, di antara premis yang terlibat dalam kesalahan perakuan atau penandaan halal ini adalah kilang makanan, premis makanan, pasar raya dan kedai runcit.

“Bagi memastikan pihak industri tidak menyalahgunakan logo halal atau apa-apa perakuan, penandaan halal, pihak JHEAINS telah menjalankan operasi yang melibatkan kerjasama pelbagai agensi seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Pada tahun lalu, JHEAINS telah menjalankan sebanyak lapan operasi bersepadu manakala setakat Februari ini, sembilan operasi bersepadu telah dijalankan. Kesemua kesalahan adalah melibatkan penggunaan logo halal palsu, mempamerkan logo halal dan sijil halal syarikat lain tanpa kebenaran pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kesemua kes tersebut akan disiasat di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (Perakuan & Penandaan Halal) yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM200,000 atau penjara tiga tahun bagi kesalahan pertama atau kedua-duanya sekali.

“Pihak industri perlu berhenti mengelirukan pengguna dengan sijil dan logo halal tanpa kebenaran bagi melariskan jualan mereka. Pihak JHEAINS tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana premis yang melakukan kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

“Orang awam juga dinasihat untuk memilih premis yang dipersijilkan halal dan memilih produk yang ada sijil halal yang sah dengan melayari www.halal.gov.my untuk mengetahui status halal sesebuah premis atau produk tersebut,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya