Semakin ramai individu ditahan kerana ingkar SOP - Ismail Sabri

Semakin ramai individu ditahan kerana ingkar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jumlah ditahan semalam melonjak daripada kelmarin iaitu 826 berbanding 578 individu kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kesemua diberkas dalam Task Force Operasi Pematuhan diketuai polis yang melakukan sebanyak 61,421 pemeriksaan membabitkan sejumlah 2,724 pasukan di seluruh negara.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 776 dikompaun manakala 50 direman dengan kes tertinggi ialah tiada penjarakkan fizikal sebanyak 170 kes.

“Diikuti rentas kawasan tanpa izin (158), tidak memakai pelitup muka (128), keluar rumah tanpa alasan kukuh (69), premis beroperasi lebih masa (53) dan lain-lain (248),” katanya menerusi kenyataan.

Beliau menambah, sejumlah 11,469 anggota semalam telah memantau 5,203 restoran, 3,565 pasar raya, 3,347 bank, 3,015 pejabat kerajaan, 1,897 penjaja dan 1,437 kilang.

Turut dipantau di seluruh negara ujar beliau, ialah sebanyak 950 terminal pengangkutan darat selain 341 terminal pengangkutan air dan sebanyak 81 terminal pengangkutan udara.

Seramai 20 pendatang asing tanpa izin juga ditahan melalui Operasi Benteng yang meliputi pelbagai agensi bagi kekang jenayah rentas sempadan dan menyekat penularan Covid-19.

“Lima buah kenderaan darat dan tiga buah bot dirampas, manakala 537 sekatan jalan raya dibuat selain pengesanan sebuah bot asing dicurigai berdekatan perairan negara,” jelasnya.

Ismail Sabri juga memaklumkan sejumlah 55 operasi sanitasi awam meliputi sebanyak 34 zon merah, dua zon jingga, tiga zon kuning dan satu zon hijau di seluruh negara semalam.

Ia ujar beliau, melibatkan seramai 289 anggota bomba, 190 anggota pihak berkuasa tempatan dan 24 lagi dari pelbagai agensi dengan penggunaan sejumlah 56 buah jentera bomba

Menyentuh kuarantin wajib, seramai 1,210 individu tiba di tanah air dengan kesemuanya telah pun diarahkan untuk menjalani proses itu di sejumlah 28 stesen kuarantin semalam.

“Sejumlah 114,306 individu pulang ke negara ini sejak 24 April lalu melalui kuarantin wajib di 77 buah hotel serta 13 institusi latihan awam dan swasta seluruh negara,” kata beliau.

Sementara itu, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) turut memeriksa sembilan tapak binaan di seluruh negara dengan cuma satu didapati mematuhi SOP ditetapkan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pula semalam membuat pemantauan 11 jenis bekalan barang di 558 peruncit, 144 pemborong dan 29 pengilang.

Penguat kuasa kementerian itu juga melakukan 1,576 pemeriksaan khas pematuhan SOP dengan 13 diberikan nasihat, satu dikenakan amaran manakala satu lagi premis dikompaun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya