Santuni penduduk Mersing dengan Gobok Makanan  - Utusan Malaysia

Santuni penduduk Mersing dengan Gobok Makanan 

PENDUDUK yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan beratur bagi mendapatkan bekalan makanan yang disumbangkan Ikatan Anak Mersing, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kebajikan Ikatan Anak Mersing (IAM) menyantuni 20 rumah ibu tunggal dan keluarga yang memerlukan barangan dapur dan terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Presidennya, Muhammad Syukri Ibrahim berkata, sumbangan itu diberikan dengan menggunakan wang simpanan ahli-ahlinya sendiri.

“Mereka tidak meminta, kami yang hadir memberi. Inisiatif ini hasil sumbangan warga prihatin dan duit simpanan kami sendiri. 

“Semoga usaha kecil ini dapat meringankan beban yang ditanggung dan mohon orang ramai di alam maya berkongsi Gobok Makanan ini agar dapat dipanjangkan rezeki buat mereka yang memerlukan. 

“Buat warga budiman yang turut mahu menyumbang, kami juga mengalu-alukan dan sedia bekerja. Dalam rezeki kita ada rezeki mereka,” katanya satu satu kenyataan baru-baru ini. 

IAM tampil dengan inisiatif Gobok Makanan di sekitar daerah Mersing di Johor sejak beberapa bulan lalu. 

Gobok Makanan merupakan inisiatif Yayasan Makmur Mersing bersama Ikatan Anak Mersing. 

Menurut Muhammad Syukri, persatuan itu menyediakan lima kilogram beras dan satu papan telur ayam sebagai bantuan segera kepada keluarga yang terputus bekalan makanan dan sumber pendapatan. 

Jelasnya, bantuan itu hadir setelah mengambil kira ramai ahli keluarga yang terkesan susulan penularan wabak Covid-19 yang masih berada pada tahap membimbangkan pada masa kehilangan punca pendapatan. 

Terbaru, Gobok Makanan turut memberikan bantuan berkenaan kepada kumpulan penghantar makanan Foodpanda dan pemandu teksi di sekitar Mersing pada 14 Februari lalu sebagai usaha meringankan beban yang dihadapi pekerja terbabit. 

Bagi ahli keluarga yang memerlukan warga bantuan atau orang ramai yang ingin menyalurkan maklumat, persatuan berkenaan boleh dihubungi di talian 014-6473937. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya