Salur maklumat menyeluruh, keberkesanan vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

Salur maklumat menyeluruh, keberkesanan vaksin Covid-19

JAGDEEP Singh Deo meninjau kerja-kerja yang dijalankan di sekitar projek Penang North Seafront, Padang Kota, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Salur maklumat menyeluruh serta tahap keberkesanan lima jenis vaksin Covid-19 yang akan diterima hampir 80 peratus rakyat negara ini.

Demikian tegas Pengerusi Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo terhadap Kerajaan Pusat yang wajar menerangkan kepada rakyat sama ada terdapat kesan-kesan sampingan vaksin Covid-19 itu kepada penerimanya.

“Kita difahamkan ada lima jenis vaksin Covid-19 yang akan diterima rakyat menerusi Pelan Vaksinasi Kebangsaan dan kita ucapkan terima kasih atas usaha kerajaan ini.

“Cuma ada soalan daripada rakyat dan saya sebagai wakil rakyat perlu menyuarakannya iaitu sama ada vaksin ini berkesan atau tidak dan adakah terdapat kesan sampingan terhadap mereka yang menerima vaksin ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menjangkakan Malaysia bakal menerima vaksin suku pertama tahun ini dan 26.5 juta iaitu 82.8 peratus populasi rakyat Malaysia dijangka menerima vaksin Covid-19.

Pembelian dos vaksin setakat ini melibatkan AstraZeneca (6.4 juta ), Pfizer (12.8 juta), Sinovac (14 juta), CanSinoBIO (3.5 juta), The Gamaleya Institute (Sputnik V) (6.4 juta).

Menurut Jagdeep, maklumat menyeluruh mengenai kelima-lima jenis vaksin itu wajar dihebahkan memandangkan rakyat memerlukan keyakinan untuk menerima vaksin berkenaan.

Sementara itu beliau berkata, kira-kira 50 doktor gigi yang menjadi ahli Persatuan Doktor Gigi Pulau Pinang juga bersetuju memberikan perkhidmatan suntikan vaksin Covid- 19 secara percuma kepada penduduk di negeri ini.

“Mereka bersiap sedia bersama 200 doktor daripada Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Pulau Pinang (PMPS) untuk memberikan perkhidmatan suntikan vaksin jika diperlukan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya