Rezeki kerepek Roslinah - Utusan Malaysia

Rezeki kerepek Roslinah

ROSLINAH A. Kadir bersama anaknya menunjukkan kerepek pisang dan kuih kapit yang dijual di Kampung Sungai Mahang, Nilai, Seremban. – UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang pesakit kanser payudara menjalankan perniagaan kerepek pisang bagi menampung kehidupan keluarga termasuk seorang anaknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU).

Roslinah A. Kadir, 60, yang juga ibu tunggal berkata, dia menghidap kanser payudara sebelah kiri sejak 15 tahun lalu.

Namun pada tahun lalu, doktor memaklumkan payudara se­belah kanannya dipercayai mempunyai sedikit ketumbuhan.

Mempunyai tiga orang anak termasuk seorang OKU lembam, Khoirin Syakira Zahari, 24, Roslinah memberitahu, dia juga mempunyai penyakit kencing manis dan sukar untuk berdiri dalam tempoh lama.

“Saya menjual kerepek pisang sejak muda lagi selepas mempelajari untuk menghasilkanya daripada arwah ibu, jadi perniagaan ini sudah sebati dalam kehidupan saya.

“Namun kini saya tidak lagi mampu berdiri lama kerana kaki sudah tidak kuat dan Khoirin Syakira yang kini membantu menyiapkan tempahan kerepek pisang,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Kampung Sungai Mahang, Nilai dekat sini baru-baru ini.

Tambahnya, bagi menampung kehidupan, dia juga mempelbagaikan produk jualannya seperti kuih kapit, muruku dan biskut selain dua orang anak­nya yang lain bekerja di Nilai 3, dekat sini.

“Menerusi kerepek pisang ini saya boleh mendapat pendapatan sekitar RM1,000 sebulan. Penduduk kampung juga membantu meringankan beban dengan selalu menyumbang barangan keperluan ha­rian,” katanya.

INFO:
Nama penjual: Roslinah A. Kadir
Jenis makanan: Kerepek pisang, muruku dan kuih kapit
Lokasi: Kampung Sungai Mahang, Nilai, Negeri Sembilan
Nombor untuk dihubungi: 013-459 1073
Facebook: Roslinah Dak Nong

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya