Reman suspek dera 'Adik' disambung - Utusan Malaysia

Reman suspek dera ‘Adik’ disambung

Sepasang suami isteri disambung reman tujuh hari lagi bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun akibat di dera, di Taman Krubong Jaya ketika dibawa di Kompleks Mahkamah Melaka, Ayer Keroh. -UTUSAN/ RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Tempoh reman ibu kandung dan bapa tiri kepada kanak-kanak lelaki yang ditemukan maut dipercayai akibat didera dalam kejadian di Taman Krubong Jaya dekat sini, minggu lalu disambung tujuh hari lagi bermula esok. 

Perintah reman sehingga 12 Februari dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka, Mohd. Anuar Ostadi hari ini.

Pasangan suami isteri, yang juga ibu kandung dan bapa tiri mangsa masing-masing berusia 32 serta 38 tahun itu dibawa ke mahkamah pada pukul 9.15 pagi tadi. 

Sebelum ini, pasangan suami isteri itu ditahan polis kira-kira pukul 4 petang di kediaman mereka pada 29 Januari lalu. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman berkata, tangkapan itu dibuat bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak lelaki yang didakwa suspek telah meninggal dunia akibat lemas di dalam tong di dalam bilik air di kediaman tersebut. 

Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut pada tubuh fizikal mangsa menemukan kesan lebam serta kecederaan dipercayai akibat didera.

Susulan itu pasangan tersebut ditahan bagi membantu siasatan mengikut siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 

Terdahulu, kisah kanak-kanak malang itu pernah tular pada Oktober lalu apabila ibu angkat yang menjaganya sejak berusia dua bulan terpaksa menyerahkan semula mangsa kepada ibu kandungnya. 

Kisah itu dikongsikan menerusi satu klip video di Facebook yang menunjukkan keluarga angkatnya menangis teresak-esak ketika mendakap kanak-kanak yang mesra dengan panggilan ‘Adik’ itu buat kali terakhir sebelum diserahkan kepada ibunya. 

Jenazah Adik telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Lebar, Simpang Bekoh dekat sini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya