Remaja 15 tahun antara 16 ditahan berparti liar, dadah - Utusan Malaysia

Remaja 15 tahun antara 16 ditahan berparti liar, dadah

ANTARA peralatan dan dadah jenis ketamin yang dirampas di sebuah apartment di Butterworth, Pulau Pinang awal pagi tadi yang menjadi lokasi 16 individu menganjurkan parti liar dan dadah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Remaja berusia 15 tahun antara 16 individu yang ditahan ketika sedang berparti liar dan dadah di sebuah pangsapuri di sini awal pagi tadi.

Kesemua mereka yang terdiri daripada sembilan lelaki dan tujuh wanita berusia sehingga 21 tahun itu ditahan dalam serbuan sepasukan polis Seberang Perai Utara (SPU) kira-kira pukul 1.30 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis SPU, Noorzainy Mohd. Noor, dalam operasi itu polis turut merampas beberapa peralatan yang digunakan untuk menganjurkan parti tersebut 0.17 gram dadah jenis ketamin.

Ujarnya, ujian saringan air kencing juga mendapati 15 daripada mereka positif dadah dan dibawa ke balai SPU untuk tindakan lanjut.

“Selain dikenakan kompaun kerana kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka juga akan direman di Mahkamah Butterworth untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut beliau, polis akan meneruskan operasi sedemikian selain menambah pasukan pematuhan bagi memastikan masyarakat mematuhi SOP PKP serta mengelak daripada penganjuran aktiviti tidak bermoral.

“Ini juga selaras dengan Op Limau yang telah bermula sempena Sambutan Tahun Baharu Cina dan kita berharap semua lapisan masyarakat memainkan peranan masing-masing dalam mematuhi SOP seterusnya dapat membendung penularan wabak Covid-19,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya