Rapatkan kembali jurang rakyat dan kerajaan - Utusan Malaysia

Rapatkan kembali jurang rakyat dan kerajaan

Kamarul Azman Khamis
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU : Keputusan kerajaan yang bersetuju memansuhkan syarat pengeluaran i-Sinar telah memberi sinar baharu kepada rakyat yang rata-ratanya amat terkesan berikutan cabaran ekonomi akibat pandemik Covid-19.

Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Azman Khamis berkata, inisiatif tersebut sekali gus bakal merapatkan kembali jurang antara rakyat dan kerajaan yang disifatkan telah mendengar rintihan serta keluhan mereka.

Katanya, sebelum ini, rakyat begitu marah dan kecewa terhadap kerajaan berikutan isu pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ini.

“Langkah kerajaan atau KWSP memansuhkan syarat pengeluaran i-Sinar cukup baik, sekali gus dapat membantu rakyat yang sangat memerlukan ketika ini. Malah, ia juga boleh membantu mereka yang terkesan memulakan perniagaan dan sebagainya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menteri Kewangan,  Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebelum ini dilaporkan berkata, KWSP dalam proses memansuhkan syarat kemudahan i-Sinar.

Kata Tengku Zafrul, kebenaran itu diberikan atas nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah mengambil kira maklum balas pihak awam.

Langkah tersebut kata beliau, diharap dapat membantu ahli-ahli KWSP mengharungi cabaran semasa akibat pandemik Covid-19,

Sementara itu, Kamarul Azman berkata, kelonggaran pengeluaran i-Sinar itu diharap dapat digunakan dengan sebaik mungkin oleh rakyat.

“Gunakan wang tersebut dengan sebaik mungkin dalam keadaan serba mencabar ini atau gunakan bagi membantu kita untuk kembali menjana pendapatan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN