Rangka pakej rancangan ekonomi baharu - Guan Eng - Utusan Malaysia

Rangka pakej rancangan ekonomi baharu – Guan Eng

LIM GUAN ENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kerajaan Pusat perlu merangka pakej rangsangan ekonomi baharu yang lebih besar bagi menyelamatkan perniagaan yang bergantung kepada sambutan Tahun Baharu Cina supaya dapat bertahan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, jika perkara itu tidak dilakukan pada masa ini, kerajaan hanya dapat menyelamatkan soal nyawa namun akan mengakibatkan kehilangan mata pencarian dari sudut ekonomi.

“Perkara ini boleh mengakibatkan lebih banyak nyawa hilang atau seperti yang dikatakan oleh seorang peniaga, kemelesetan ekonomi akan membunuh kita terlebih dahulu sebelum Covid-19,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, keputusan kerajaan yang tidak tetap dan selalu berubah-ubah telah merosakkan keyakinan perniagaan.

“Tidak ada alasan untuk melarang pendandan rambut dan peruncit pakaian di pasar malam daripada beroperasi dibandingkan dengan perniagaan lain.

“Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa boleh melanggar protokol Covid-19 dengan berjalan beriringan dengan dua rakan sekerja tanpa pelitup muka, kerajaan telah mengamalkan dua darjat dengan menghalang rakyat Malaysia mencari rezeki yang halal,” katanya.

Tambah beliau, menteri harus meninggalkan pejabat mereka yang berhawa dingin dan turun padang serta melihat sendiri penderitaan ekonomi.

“Lihat golongan pekerja, industri pelancongan, peruncit pakaian, kompleks membeli-belah yang penyewanya membayar sewa tinggi tanpa pelanggan dan perniagaan kecil.

“Di manakah lanjutan automatik moratorium pinjaman bank, pelepasan sewa atau subsidi dan kenaikan bayaran bulanan kebajikan masyarakat kepada RM1,000 termasuk kepada penganggur yang semakin meningkat,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan harus mengambil tindakan dan tanggungjawab menyelamatkan bukan hanya sektor pelancongan tetapi ekonomi keseluruhannya akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan hingga 18 Februari ini.

“Adakah kerajaan menyedari tekanan ekonomi yang dihadapi golongan penganggur, orang miskin dan peniaga kecil yang menutup perniagaan dan pekerja kehilangan pekerjaan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya