RAJ catat jumlah bidaan RM3.48 juta - Utusan Malaysia

RAJ catat jumlah bidaan RM3.48 juta

FATIMAH Mohamed Ali Piah (tengah) menunjukkan nombor pendaftaran RAJ yang dibida melalui Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid) negeri di Ibu Pejabat JPJ di Jejawi Kangar, Perlis hari ini.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis mengutip hasil bidaan lebih RM3.48 juta bagi nombor pendaftaran RAJ melalui Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid) negeri yang bermula pada 18 hingga 22 Februari lalu.

Pengarah JPJ negeri, Fatimah Mohamed Ali Piah berkata, bidaan kali kelima dilaksanakan secara dalam talian selepas siri RAE tersebut melibatkan jumlah pembida seramai 4,026 dan keputusannya diperoleh pada 23 Februari.

Katanya, nilai tertinggi bagi nombor siri tersebut adalah adalah RAJ 1 dengan bidaan pada harga RM202,670.

“Sementara itu, turut mendapat bidaan yang tinggi adalah RAJ 5 yang dibida sebanyak  RM101,780 manakala RAJ 3 pula dibida sebanyak RM81,000.

“Jumlah pembida yang berjaya pula adalah seramai 2,333 orang dan keputusan diketahui dalam tempoh 24 jam selepas bidaan tamat pada pukul 11.59 malam 22 Februari lalu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini 

Sementara itu, beliau berkata, JPJeBid menawarkan ketelusan bidaan bermula daripada transaksi pendaftaran sehingga pembayaran dibuat. 

Jelasnya, pembida boleh mengetahui kedudukan secara masa sebenar dan sepenuhnya melalui sistem tanpa unsur-unsur campur tangan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya