Rais: Tommy Thomas langgar sumpah rahsia Peguam Negara - Utusan Malaysia

Rais: Tommy Thomas langgar sumpah rahsia Peguam Negara

RAIS YATIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Tan Sri Dr. Rais Yatim menyifatkan pendedahan yang dilakukan Tommy Thomas dalam bukunya yang berjudul ‘My Story: Justice in the Wilderness’ telah melanggar sumpah rahsia sebagai bekas Peguam Negara.

Beliau berkata, Tommy seharusnya memegang teguh kepada prinsip sumpah setia jawatan serta sumpah simpan rahsia ketika dilantik sebagai Peguam Negara.

“Tan Sri Tommy Thomas mengangkat sumpah rahsia dan sumpah setia jawatan sebagai bekas Peguam Negara.

“Di sebalik pendedahan yang dilakukan melalui bukunya, beliau nampaknya telah melangkaui prinsip nama baik dan makna kedua-dua sumpah tersebut,” katanya menerusi akaun Twitter miliknya.

Pada masa sama, Rais turut mempersoalkan sama ada buku Tommy tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA).

“Tommy dedahkan semuanya dalam buku baharunya. Malangnya, naratif buku itu banyak melibatkan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Cuma saya tertanya-tanya di sebalik tindakan Tommy, beliau juga perlu dedahkan siapa sebenarnya yang menyokong pelantikan beliau sebagai Peguam Negara supaya bukunya lebih menarik untuk dibaca. Siapa ya? Kenapa tiada OSA?” soalnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya