Program imunisasi Covid-19 diawalkan - Utusan Malaysia

Program imunisasi Covid-19 diawalkan

KONVOI kenderaan membawa kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech bergerak keluar dari kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas selamat tiba hari ini. Ketibaan kumpulan pertama vaksin COVID-19 itu merancakkan momentum Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan iaitu program vaksinasi terbesar di negara ini. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaaan akan diawalkan pada Rabu ini dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai penerima pertama suntikan vaksin Pfizer-BioNTech.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, turut bersama Perdana Menteri pada hari pertama pelaksanaan program itu ialah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah yang akan menerima suntikan di Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya.

Menurut beliau, keputusan melaksanakan lebih awal program itu berbanding perancangan asal pada 26 Februari adalah mengambil kira tahap kesediaan tertinggi di semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara terutama pada fasa pertama pelaksanaan.

“Sejumlah 271,802 petugas barisan hadapan telah berdaftar untuk fasa pertama ini dengan 57.3 peratus daripadanya adalah anggota kesihatan dan perubatan serta 42.7 peratus pula dalam kalangan anggota bukan kesihatan,” katanya dalam sidang akhbar di Advanced Cargo Centre (ACC), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya