Pontian bakal berstatus majlis perbandaran - Utusan Malaysia

Pontian bakal berstatus majlis perbandaran

AHMAD MASLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Selaras hasrat kerajaan negeri mempertingkat kemudahan serta perkhidmatan di setiap daerah, Majlis Daerah Pontian (MDP) akan dinaik taraf sebagai majlis perbandaran pertengahan tahun ini.

Yang Dipertuanya, Mohd. Ezzuddin Sanusi berkata, ini selari dengan pertumbuhan penduduk dan jumlah pendapatan tahunan.

“Penambahbaikan ini bagi membolehkan pembangunan infrastruktur dan ekonomi penduduk dapat diseimbangkan dari segi fasiliti fizikal dan pembangunan masyarakat.

“Sebagai sebuah organisasi, MDP sememangnya sedang bersiap sedia ke arah itu dengan perkhidmatan yang lebih baik dan sumber manusia yang mencukupi,” katanya selepas menerima kunjungan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan ke Bangunan MDP di sini.

MDP akan dinaik taraf setelah kadar pungutan hasil cukai tahunan melepasi RM20 juta seperti disyaratkan dan jumlah penduduk di daerah berkenaan yang menghampiri 200,000 orang.

Pada 13 Oktober 2019, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamarudin melaporkan MDP berpotensi besar untuk dinaik taraf kepada majlis perbandaran dalam tempoh dua tahun.

Pada ketika itu, Zuraida mendedahkan kadar pungutan hasil MDP adalah sebanyak RM37 juta setahun manakala jumlah penduduk menghampiri angka 196,000 orang.

Dalam pada itu Ahmad berkata, perincian berkenaan menaik taraf itu akan dilakukan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta kerajaan negeri pada pertengahan tahun nanti.

“Pengisytiharaan Pontian sebagai majlis perbandaran itu nanti akan membuka ruang kepada lebih banyak pembangunan di negeri ini terutamanya aspek kemudahan dan infrastruktur,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya