Polis terima laporan kakitangan UPM - Utusan Malaysia

Polis terima laporan kakitangan UPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Polis mengesahkan menerima laporan yang dibuat seorang kakitangan wanita Universiti Putra Malaysia (UPM) selepas video kelakuannya tular bertengkar di jalan raya berhampiran Hospital Serdang, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner, Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, wanita berkenaan telah membuat laporan polis di Balai Polis Seri Kembangan.

“Sehingga hari ini, wanita itu belum hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang bagi membolehkan percakapan dirakam berikutan kejadian tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Wan Kamarul berkata, bagaimanapun, lelaki yang dikaitkan dengan kejadian dengan wanita itu telah hadir dan percakapannya telah dirakam.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan dan Seksyen14 Akta Kesalahan Kecil.

Semalam, tular video kelakuan seorang kakitangan wanita UPM yang bertengkar di jalan raya berhampiran Hospital Serdang.

Kakitangan tersebut juga telah memohon maaf menerusi akaun Instagramnya semalam namun meletakkan akaunnya pada status ‘private’. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya