Polis Johor pantau individu kuarantin di rumah - Utusan Malaysia

Polis Johor pantau individu kuarantin di rumah

AYOB Khan Mydin Pitchay (dua dari kiri) melakukan tinjauan di asrama pekerja yang dijaga rapi ketika membuat tinjauan di Pasir Gudang, Johor. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Bagi membantu mengekang penularan Covid-19 di negeri ini, polis akan mempergiat usaha pemantauan pematuhan dalam kalangan individu yang menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, untuk itu pihaknya menunggu data terkini Kementerian Kesihatan berkaitan individu terlibat kuarantin kendiri itu.

Katanya, bagi kluster pekerja industri yang terdiri daripada pekerja asing, aspek pematuhan di tahap terbaik dan teratur mengikut prosedur operasi standard (SOP) kerana mereka berada di kawasan penempatan khusus.

“Bagi kluster membabitkan pekerja industri sama ada yang positif Covid-19 atau kontak rapat, mereka ini mengikut SOP yang ditetapkan tetapi yang kita bimbang ialah mereka yang kuarantin di rumah, siapa yang akan pantau mereka?

“Petugas kesihatan mungkin ada kekangan (pemantauan), tapi kita ada pasukan pemantauan yang terdiri daripada unit Kereta Peronda Polis (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) untuk membuat pemeriksaan pastikan mereka betul-betul berada di rumah.

“Kita berharap akan memperoleh data daripada Kementerian Kesihatan dalam kadar segera supaya dapat menjalankan pemeriksaan dari rumah ke rumah individu yang menjalani kuarantin kendiri di negeri ini,” katanya selepas melakukan pemeriksaan mengejut di kawasan asrama pekerja asing di Taman Air Biru, Pasir Gudang di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, pihaknya juga akan menggerakkan 500 pasukan pematuhan SOP Covid-19 mulai esok bagi melakukan pemeriksaan khususnya di rumah mereka yang diarah menjalani kuarantin kendiri dan asrama pekerja. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya