Polis buru individu menyamar guna nama, gambar pemimpin Melaka - Utusan Malaysia

Polis buru individu menyamar guna nama, gambar pemimpin Melaka

E. Sundra Rajan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Polis memandang serius berhubung kegiatan pihak tidak bertanggungjawab yang kini ‘rancak’ menipu orang ramai dengan menyamar sebagai pemimpin-pemimpin ternama melalui aplikasi WhatsApp.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan E. Sundra Rajan berkata, pihaknya sedang giat mengesan individu yang terlibat menerusi nombor telefon yang digunakan, termasuklah dalam kes penyamaran sebagai Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.

Beliau berkata, setakat ini dua nombor telefon yang disiasat berkait dengan penyamaran sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Zainal Abu dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Shadan Othman. 

“Setakat ini, kita sudah menerima empat aduan membabitkan dua nombor telefon iaitu 011-18989012 dan 010-7767161. 

“Kedua-dua nombor ini cuba memperdaya orang ramai menggunakan nama Datuk Zainal Abu dan Datuk Shadan Othman serta dua ahli majlis pihak berkuasa tempatan,” katanya ketika dihubungi.

Pejabat Ketua Menteri Melaka hari ini meminta orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah mempercayai sebarang tindakan penipuan yang menggunakan identiti Sulaiman itu media sosial.

Modus operandinya adalah menerusi WhatsApp dengan menggunakan nama serta gambar profil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu itu untuk menipu.

Katanya, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang termasuk membuat laporan polis jika mereka yang terlibat tidak menghentikan perbuatan berkenaan.

Sundra Rajan menambah, polis percaya nombor telefon terbabit baharu sahaja digunakan untuk jenayah penipuan kerana semakan tidak menjumpai sebarang rekod berkaitan kegiatan memperdaya. 

“Bagaimanapun kita masih meneruskan siasatan untuk menjejaki dalang disebalik penyamaran ini. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk menipu,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya