Polis buka kertas siasatan 'Ibu yati' - Utusan Malaysia

Polis buka kertas siasatan ‘Ibu yati’

HAMZAH ZAINUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Polis membuka kertas siasatan terhadap individu bernama Ibu Yati yang dikatakan membawa ajaran sesat Agama Melayu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perkara itu disahkan ketika pertemuan beliau dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Uzir Mohamed, pagi tadi.

“Polis akan membuat siasatan lanjut dan akan bincang dengan Peguam Negara jika ada kesalahan dilakukan,” katanya dalam sidang akhbar di Kementerian beliau hari ini.

Minggu lalu, umat Islam gempar dengan video tular memaparkan ritual pelik Agama Melayu yang didakwa disebarkan oleh Ibu Yati.

Agama Melayu itu dikatakan menggunakan lafaz syahadah yang pelik (ila ha ila ra ila ma) dan disambung dengan pengakuan ‘aku Melayu’ sebanyak tujuh kali.

Ajaran itu juga menolak ajaran Islam yang dianggap sebagai Islam Arab kononnya mereka membawa Islam Melayu.

Bagaimanapun, Ibu Yati atau Noor Hayati Wan Alias, 41, membuat laporan polis dan memberi tempoh tujuh hari kepada Nasruddin untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kerana membuat tohmahan dan fitnah terhadapnya kerana membawa ajaran sesat dan agama baharu itu.

Dalam hal itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegaskan beliau ada mekanisme dalam penentuan sesuatu ajaran sesat.

Justeru, beliau tidak mahu dianggap terlalu gopoh hanya kerana tiada cukup maklumat berhubung kedudukan isu Agama Melayu. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN