Polis buka 2 kertas siasatan, Tommy dipanggil dalam masa terdekat - Utusan Malaysia

Polis buka 2 kertas siasatan, Tommy dipanggil dalam masa terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Sebanyak dua kertas siasatan dibuka Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas berkaitan penulisan buku berjudul “My Story: Justice in the Wilderness” yang didakwa memfitnah banyak pihak.

Siasatan ini dilakukan PDRM selepas pihaknya menerima tujuh laporan polis di seluruh negara mengenai perkara itu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani memberitahu, PDRM akan mengambil kenyataan semua pihak yang terlibat dengannya sebelum kertas siasatan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

“Jadi pekara itu diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk menjalankan siasatan dan untuk mengambil semua tindakan yang perlu,” katanya selepas membuat tinjauan sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Sungai Besi di sini hari ini.

Dalam pada itu, Acryl Sani berkata, Tommy juga akan dipanggil polis untuk memberi kenyataan dalam masa terdekat.

Semalam, bekas peguam negara sebelum Thomas dilantik, Tan Sri Mohamed Apandi Ali antara yang membuat laporan polis berkaitan kandungan buku tulisan Tommy itu yang didakwa turut memfitnah dirinya.

Mohamed Apandi membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini dengan diiringi peguamnya Datuk Baljit Singh Sidhu.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya