PM sihat dan berselera makan - Utusan Malaysia

PM sihat dan berselera makan

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin bahawa vaksin Covid-19 adalah selamat dan berkesan selepas tidak mengalami sebarang alahan.

Perdana Menteri itu berkata, sejak menerima suntikan, semuanya berjalan dengan baik malah ramai yang bertanyakan keadaannya.

“Alhamdulillah, hari ini adalah hari kedua selepas menerima suntikan. Saya rasa sihat, tidak rasa demam, tidak rasa luar biasa malah makan seperti biasa dan selerapun seperti biasa.

“Saya bersyukur sebab keadaan yang masih baik dan sihat. Vaksin yang saya terima sangat baik,” katanya melalui video berdurasi 2.40 saat yang dimuat naik di Facebook rasmi beliau, hari ini.

Muhyiddin berkata, semua pihak perlu memainkan peranan menyokong usaha kerajaan negara untuk melandaikan wabak Covid-19.

Katanya, semua pihak perlu beramai-ramai mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin melalui aplikasi MySejahtera.

“Apabila selesai menerima dos kedua, saya akan memperoleh sijil pengesahan menerima suntikan vaksin,” katanya.

Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu terus mengamalkan prosedur operasi standars (SOP) dan sentiasa dalam keadaan sihat.

“Sentiasa pakai pelitup muka, kerpa basuh tangan dan jangan pergi ke kawasan sesak.

“Hari ini, saya berada di rumah.. Selalunya saya akan pakai pelitup di rumah namun,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri itu menjadi pemimpin pertama disuntik vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech menggunakan picagari khas Low Dead Volume (LDV) oleh Ketua Jururawat Kesihatan PKD Putrajaya, Lina Ibrahim yang dibantu Jururawat Klinik Kesihatan Presint 9, Mazirah Mokhtar, jam 2.42 petang.

Selain Muhyiddin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, enam petugas kesihatan juga menerima suntikan vaksin iaitu Pegawai Perubatan, Dr. Tan Yee Ling; Penolong Pegawai Perubatan, Khairul Asraf Mohd Yasin dan pemandu KKM, Clement a/l Marai Francis manakala tiga jururawat iaitu, Lina, Mazirah dan Sheilla Mellisa Sikin.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya