PKPB di Sarawak dilanjutkan lagi selama 2 minggu - Utusan Malaysia

PKPB di Sarawak dilanjutkan lagi selama 2 minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Sarawak dilanjutkan lagi selama tempoh dua minggu yang akan bermula pada 2 Mac sehingga 15 Mac depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia disambung 14 hari lagi berdasarkan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan dalam tempoh dua minggu lalu.

“Masih berlaku peningkatan wabak di seluruh negeri ini dengan sebanyak 2,623 kes positif Covid-19 direkodkan sejak 12 Februari hingga semalam,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Justeru ujarnya, setelah dibuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal, kerajaan bersetuju melanjutkan PKPB yang sepatutnya berakhir pada 1 Mac ini.

Kerajaan Sarawak menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri itu mempunyai kuasa autonomi khas dalam penetapan PKPB yang telah bermula sejak 15 Februari lepas.

Sementara PKPB di lapan negeri lain dan dua Wilayah Persekutuan hanya mula 19 Februari lalu sehingga 4 Mac ini setelah beralih daripada status Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ia meliputi Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah serta Putrajaya dan Labuan, manakala Perlis muncul negeri tunggal PKP Pemulihan.

Baki tiga negeri lagi iaitu Selangor, Johor dan Pulau Pinang serta satu Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur pula masih kekal dengan status PKP 2.0 Fasa 8 sejak 13 Januari lalu.

Bagaimanapun, kerajaan melonggarkan pelbagai sektor termasuk di negeri yang dikenakan PKP dan PKPB terutama aktiviti ekonomi dan sosial dengan mengehadkan kehadiran peserta. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya