PKP: RM600,000 diperuntukkan MAIM untuk kit makanan

PKP: RM600,000 diperuntukkan MAIM untuk kit makanan

MD. Rawi Mahmud (dua dari kanan) melihat barangan keperluan harian yang diserahkan kepada Rosli Mustapha (dua dari kiri) untuk diagihkan kepada nelayan pada program serah sumbangan kit bantuan makanan kecemasan (Musa'adah) Majlis Agama Islam Melaka di Kompleks LKIM Sungai Duyong, Jalan Padang Temu, Melaka hari ini. - FOTO/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sebanyak RM600,000 diperuntukkan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi penyediaan 15,000 kit makanan kecemasan untuk membantu mereka yang memerlukan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan dan Pergerakan (PKP).

Timbalan Pengerusi MAIM, Datuk Md. Rawi Mahmud berkata, dana daripada Tabung Musa’adah itu melibatkan sumber korporat, pembiayaan fidyah dan sumbangan orang ramai.

Beliau berkata, pengagihan kit makanan dilakukan melalui dua fasa yang mana fasa satu membabitkan 10,000 penerima telah selesai ketika PKP tahun lalu.

“Kita buat dua kali pengagihan, fasa pertama sudah selesai melibatkan 10,000 kit makanan yang kita edarkan ke seluruh negeri. Dihantar ke masjid-masjid, Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) dan sebagainya. 

“Pada 27 Januari lepas kita mulakan pula fasa kedua yang melibatkan 5,000 kit makanan dan ini kita edarkan secara berperingkat. Sudah mula dari semalam, antaranya kita edar kepada tukang gunting rambut, mereka terjejas sebab tak boleh buka kedai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan 1,176 kit makanan kepada Persatuan Nelayan Negeri Melaka di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sini hari ini.

Yang turut hadir Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil dan Pengarah LKIM negeri, Rosli Mustapa.

Dalam pada itu, Md. Rawi menambah, meskipun usaha itu merupakan inisiatif pihak berkuasa agama yang terdiri daripada MAIM, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Pusat Zakat, namun ia tidak bermakna orang bukan Islam tidak dibantu.

Ujarnya, masyarakat bukan Islam yang kesempitan juga diberikan kit makanan yang sama bersumberkan dana am.

“Termasuklah seluruh perkampungan Orang Asli di Melaka kita beri bantuan. Kita hantar 1,000 kit makanan ke 14 buah kampung Orang Asli,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN