Pihak ketiga perlu urus penempatan pekerja asing - Utusan Malaysia

Pihak ketiga perlu urus penempatan pekerja asing

SIOW Koi Voon
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebuah pusat penginapan setempat buat pekerja warga asing yang diurus dan diselenggara oleh pihak ketiga dicadang untuk dilaksanakan bagi menguruskan isu penempatan pekerja asing di negara ini.

Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Siow Koi Voon berkata, pusat penginapan setempat itu boleh dilaksanakan dengan menjadikan model seperti di Singapura sebagai contoh.

“Ia merupakan langkah untuk jangka masa panjang bagi mengurus isu penginapan pekerja-pekerja asing. Kediaman pekerja warga asing terlalu padat menjadi punca penularan Covid-19 terlalu cepat dalam kalangan mereka.

“Pusat penginapan setempat untuk warga asing yang diuruskan oleh pihak ketiga. Lokasi yang disyorkan adalah seperti di mana-mana asrama sedia ada atau mengubah suai bangunan-bangunan yang terbengkalai,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan pihak Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sembilan di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Biro Kempen Masyarakat Sivik MCA Kebangsaan, Ng Kian Nam.

Menurut Koi Voon lagi, peranan pihak ketiga dilihat dapat menguruskan pusat penempatan pekerja asing malah turut juga dalam isu pengangkutan.

“Saya dimaklumkan sudah ada pengusaha pihak ketiga yang melaksanakan perkara ini di Mantin, mereka mendapat kontrak daripada kilang-kilang bagi menyediakan tempat tinggal pekerja-pekerja mereka.

“Pengusaha ini juga menguruskan berkenaan perkhidmatan pengangkutan pergi dan balik pekerja-pekerja ini,” katanya lagi. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya