PIBG sumbang makan, minum percuma untuk calon SPM  - Utusan Malaysia

PIBG sumbang makan, minum percuma untuk calon SPM 

CALON-CALON SPM SMK Seri Balik Pulau, Pulau Pinang dibekalkan makanan dan minuman secara percuma sepanjang peperiksaan itu berlangsung mulai hari ini bagi mengekang penularan Covid-19.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Seramai 207 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Balik Pulau di sini akan dibekalkan dengan makanan dan minuman secara percuma sepanjang peperiksaan itu berlangsung mulai hari ini. 

Yang Di-Pertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Seri Balik Pulau, Ismail Kassim berkata, sumbangan bungkusan makanan dan minuman pagi serta petang itu bertujuan mengurangkan pergerakan pelajar terbabit daripada pulang ke rumah atau membeli makanan di luar. 

Selain itu, menurut beliau, inisiatif tersebut juga bagi membolehkan calon-calon berkenaan memperoleh masa rehat secukupnya di sekolah sebelum menduduki peperiksaan berikutnya sekali gus dapat menumpukan perhatian  termasuk mengulang kaji mata pelajaran bersama rakan. 

“Menu makanan dan minuman yang akan dibekalkan itu pula berlainan setiap hari dan komitmen yang dilakukan pihak PIBG ini juga adalah sebagai langkah mengekang penularan wabak Covid-19,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Seramai 19,919 calon SPM di Pulau Pinang mula menduduki pemeriksaan itu bermula hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya