Petronas pastikan bekalan, keperluan pekerja pelantar Yetagun terjaga - Utusan Malaysia

Petronas pastikan bekalan, keperluan pekerja pelantar Yetagun terjaga

Kerajaan dikatakan perlu menanggung subsidi yang lebih tinggi untuk harga bahan api runcit. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Syarikat minyak dan gas nasional, Petronas akan memastikan segala bekalan, kebajikan dan keperluan 200 pekerja Petronas yang dikatakan terkandas di Laut Andaman terjaga.

Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas dalam satu kenyataan memaklumkan, sehubungan itu pihaknya akan bekerjasama dengan syarikat kontraktor terbabit bagi memenuhi tujuan tersebut terutama melibatkan keperluan makanan, minuman dan bahan bakar.

Setakat ini katanya, sebanyak 38 daripada jumlah keseluruhan pekerja syarikat kontraktor terlibat kini telah diselamatkan dan ditempatkan di hotel berdekatan.

“Seramai 36 pekerja di bawah syarikat kontraktor dan dua pekerja Petronas telah dibawa ke hotel berdekatan dengan selamat dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

“Petronas bekerjasama rapat dengan kontraktor, Kedutaan Malaysia di Myanmar, Wisma Putra dan semua pihak berkuasa bagi menguruskan isu ini. Keselamatan dan kesejahteraan kontraktor kami serta keluarga mereka keutamaan kami,” katanya di sini hari ini.

Mingguan Malaysia melaporkan kira-kira 200 rakyat Malaysia yang bertugas di pelantar minyak Yetagun di Myanmar terkandas setelah terputus hubungan dengan daratan selain bekalan makanan serta bahan api semakin habis. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya