Perak laksana sidang Dewan Belia secara dalam talian - Utusan Malaysia

Perak laksana sidang Dewan Belia secara dalam talian

SAARANI Mohamad (kiri) pada sidang media secara maya Persidangan Dewan Belia Negeri Perak di Ipoh hari ini. -IHSAN PEJABAT MB PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kerajaan Perak akan melaksanakan persidangan Dewan Belia sepenuhnya secara dalam talian di laman web www.dewanbelia.perak.my pada tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, langkah itu dibuat untuk disesuaikan dengan norma baru.

“Kerajaan negeri menyasarkan seramai 600 calon yang akan berdaftar untuk mewakili setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sesi Dewan 2021/2022. 

“Maka, dengan ini, kerajaan negeri mengalu-alukan seluruh belia dalam negeri untuk turut serta menyertai Dewan Belia kali ini,” katanya pada sidang media secara dalam talian melalui aplikasi zoom hari ini.

Beliau berkata, penggunaan platform atas talian adalah platform utama dalam pemilihan perwakilan Dewan Belia kali ini.

Katanya, Persidangan Dewan Belia Perak akan bersidang sekurang-kurangnya sekali dalam setahun mengikut situasi semasa dan kewangan, bagaimanapun, persidangan atas talian akan dilaksanakan sekiranya secara fizikal masih tidak dibenarkan.

Saarani berkata, tarikh pendaftaran bagi pencalonan perwakilan Dewan Belia akan dibuka bermula 17 Februari sehingga 7 Mac 2021. 

Beliau berkata, bagi pendaftaran pengundi pula, sesi pendaftaran juga akan mula dibuka pada 17 Februari dan akan berakhir pada 20 Mac 2021.

“Jumlah keseluruhan perwakilan yang akan dipilih bagi mewakili setiap DUN Perak adalah seramai 59 orang supaya setiap kawasan DUN mempunyai wakil daripada golongan belia,” katanya.

Beliau berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Trong Jamilah Zakaria dilantik secara rasmi sebagai Speaker Dewan Belia dengan dibantu Presiden Majlis Belia Negeri Perak, Aswannudin Hariffudin sebagai Timbalan Speaker 1.

Katanya, Presiden Alumni Dewan Belia Negeri Perak, Muhammad Ariff Zaky Mohd. Zolkafly sebagai Timbalan Speaker 2. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya