Penyertaan Ahli Parlimen dalam Pejuang ditapis ketat - Utusan Malaysia

Penyertaan Ahli Parlimen dalam Pejuang ditapis ketat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Penyertaan Ahli Parlimen dalam Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) akan melalui proses penilaian dan tapisan yang ketat.

Sementara itu, permohonan ahli-ahli baharu akan melalui proses pendaftaran seperti biasa sebelum diluluskan, kata Pegawai Khas Media kepada Presiden Penaja Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Mohd. Fisol Jaafar.

Menurutnya, ahli-ahli Parlimen yang ingin menyertai Pejuang perlu dilakukan tapisan untuk mengelakkan berlaku pengkhianatan terhadap parti.

“Penjelasan Mukhriz semasa menjawab soalan wartawan semalam adalah merujuk kepada penerimaan ahli-ahli Parlimen menganggotai Pejuang dengan tapisan ketat terhadap mereka.

“Keahlian biasa pula adalah seperti kelaziman, melalui proses biasa untuk kelulusan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Mingguan Malaysia hari ini yang menyebut Pejuang akan membuat tapisan yang ketat terhadap setiap ahli baharu terutama tokoh politik untuk mengelakkan berlaku pengkhianatan terhadap parti itu pada masa hadapan.

Mohd. Fisol berkata, pendaftaran ahli baharu Pejuang akan dibuka selepas permohonan parti itu diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN