Penulisan Tommy semborono - Utusan Malaysia

Penulisan Tommy semborono

MUHAMAD Nur Aizat Noor Azam (kanan) menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penulisan buku bekas Peguam Negara (AG), Tan Sri Tommy Thomas bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness’ disifatkan sebagai dakwaan semborono yang boleh mengundang pelbagai persepsi buruk terhadap masyarakat.

Sehubungan itu, Exco Pemuda UMNO, Muhamad Nur Aizat Noor Azam menggesa Tommy disiasat  serta menarik balik penerbitan bukunya.

Katanya, ini kerana dakwaan yang ditulis di dalam buku itu adalah sangat tidak bertanggungjawab dan bermotif jahat serta mempunyai agenda di sebaliknya.

“Pemuda UMNO juga melahirkan kebimbangan terhadap dakwaan beliau yang telah dinafikan oleh pihak-pihak yang didakwa, sekaligus boleh menimbulkan keraguan dalam kalangan masyarakat.

“Itu akan membawa kepada percanggahan fakta yang boleh mencalar imej badan kehakiman dan sistem perundangan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan penerbitan buku, Pemuda UMNO dalam masa yang sama turut membuat laporan polis  di Balai Polis Jalan Travers, Brickfield.

Dalam pada itu, Muhamad Nur Aizat berkata, Tommy  seharusnya malu terhadap dirinya sendiri dengan menghasilkan buku yang lebih kepada satira politik untuk mencari salah pihak lain dan cuba menutup kesalahan diri sendiri semasa menjadi Peguam Negara.

“Kita turut bimbang dengan dakwaan melulu Tommy terhadap kakitangan Jabatan Peguam Negara yang boleh mendatangkan persepsi negatif dalam kalangan rakyat dan masyarakat antarabangsa,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya