Peniaga kendera saji risau impak PKP - Utusan Malaysia

Peniaga kendera saji risau impak PKP

ROSOL Wahid meninjau perniagaan kendera saji (food truck) di sekitar Putrajaya, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ramai peniaga kendera saji (food truck) meluahkan keresahan dan kebimbangan mengenai masa depan perniagaan mereka ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mereka juga terkesan dengan situasi semasa akibat impak penularan wabak Covid-19 dan menyatakan kesukaran mengekalkan momentum perniagaan dalam tempoh mencabar itu.

Isu itu didedahkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid ketika ‘turun padang’ meninjau sendiri operasi trak saji di sini semalam.

“Mereka juga mencadangkan supaya kerajaan dapat melanjutkan lagi waktu perniagaan makanan sehingga pukul 12 tengah malam,” kata beliau menerusi kenyataan di sini hari ini.

Lawatan dan tinjauan secara mengejut itu turut disertai Pengarah Bahagian Penguat Kuasa kementerian tersebut, Azman Adam di sekitar tapak trak saji di Presint 2 dan Presint 15.

Inisiatif itu ujarnya, bagi kementerian mendengar keluh kesah banyak pihak terutama para peniaga yang bergantung pendapatan harian untuk menyara keperluan dan hidup keluarga.

Mengulas lanjut, Rosol berkata, beliau mahu menyelami kesukaran peniaga dalam melalui cabaran bisnes dan mengumpul input kaedah penambahbaikan yang boleh dilaksanakan.

“Ini untuk mengurangkan beban ekonomi peniaga sepanjang tempoh PKP selain sebahagian bentuk sokongan terhadap mereka agar kekal yakin dengan kebiasaan baharu ,” katanya.

Antaranya jelas beliau, memanfaatkan urus niaga dalam talian dan khidmat penghantaran sepenuhnya untuk menjamin kelangsungan perniagaan dalam senario ekonomi agak sukar.

Beliau turut menerima cadangan peniaga supaya dibenarkan beroperasi dengan pelanggan makan di premis tanpa diabaikan aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat.

Justeru, Rosol memberi komitmen akan segera membawa perkara itu terus kepada makluman menteri untuk dipanjangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat.

“Saya yakin, sebagai kerajaan prihatin, pihak berwajib akan memperhalusi cadangan tersebut kerana isu yang dialami para peniaga kecil ini turut berlaku di seluruh negara,” jelasnya lagi.

Pada masa sama, beliau yakin lanjutan PKP adalah keputusan terbaik kerajaan dalam usaha melandaikan lekuk penularan pandemik Covid-19 dan memulihkan kembali ekonomi negara.

Bagaimanapun beliau sedar kesulitan dirasai peniaga dan akan cuba berusaha membantu bagi memastikan aktiviti domestik terus diperkasa sambil rakyat menangani tekanan hidup.

Kementerian itu ujarnya, yakin dilema dihadapi peniaga dapat diatasi serta berharap aktiviti bisnes dapat kembali seperti biasa sekali gus mengurangkan impak kemerosotan ekonomi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya