Peniaga didakwa rogol anak tiri  - Utusan Malaysia

Peniaga didakwa rogol anak tiri 

PENIAGA dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang hari ini atas pertuduhan merogol anak perempuan tirinya yang berusia 15 tahun awal bulan ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol anak perempuan tirinya yang berusia 15 tahun awal bulan ini. 

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada lelaki berusia 43 tahun itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Noor Aini Yusof. 

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol seorang gadis yang semasa kejadian berusia 15 tahun di dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi Jalan Bagan Jermal, di sini. 

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira pukul 6.30 petang pada 4 Februari lalu. 

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. 

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Syeqal Che Murat manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan kes akan disebut semula pada 18 Mac ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya