Pengusaha kedai gunting, dandanan rambut terima bantuan - Utusan Malaysia

Pengusaha kedai gunting, dandanan rambut terima bantuan

HANAFIAH Mat (dua dari kiri) mengagihkan bantuan kepada pengusaha kedai gunting rambut di sekitar Chukai di Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai di Kemaman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seramai 150 pengusaha kedai gunting dan dandanan rambut di sekitar Chukai yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerima sumbangan beras serta wang tunai.

Pemberian sumbangan itu disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat secara pandu lalu di pekarangan Pejabat DUN di sini.

Hanafiah Mat berkata, pendapatan rata-rata pengusaha perniagaan itu terjejas teruk kerana tidak dapat beroperasi sepanjang tempoh PKP yang kini dilanjutkan hingga 18 Februari ini.

“Sumbangan kecil yang diberikan itu diharap sekurang-kurangnya dapat meringankan beban mereka untuk tempoh seminggu dua ini.

“Kita faham sepanjang PKP ini mereka langsung tiada pendapatan kerana premis tidak dapat dibuka,” katanya kepada pemberita di sini.

Hanafiah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga serta Perpaduan Nasional negeri berkata, ada segelintir pengusaha kedai gunting yang terpaksa mencari alternatif lain termasuk berniaga secara dalam talian untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Katanya, kebanyakan pengusaha kedai gunting terdiri daripada kalangan belia yang berusia 30 tahun ke bawah di samping mereka yang baharu memasuki alam pekerjaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya