Penghantar makanan maut, motosikal dilanggar kereta - Utusan Malaysia

Penghantar makanan maut, motosikal dilanggar kereta

KEJADIAN kemalangan yang mengakibatkan seorang pekerja penghantar makanan maut dalam kejadian di Taman AST, Seremban, semalam. - UTUSAN/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar sebuah kereta yang dipandu seorang warga emas berusia 64 tahun dalam kejadian di simpang tiga, Jalan AST 6, dekat sini malam tadi.

Kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 8.25 malam itu menyebabkan mangsa, Muhamad Azman Abdul Aziz, 30, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, ketika kejadian, mangsa menaiki motosikal Yamaha Y15ZR dikatakan sedang dalam perjalanan dari arah Taman AST menuju ke arah bandar Seremban.

“Apabila di tempat kejadian, datang kereta jenis Hyundai Atos dari arah bertentangan yang dipandu warga emas yang sedang membelok namun hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan mangsa serta melanggar mangsa di bahagian hadapan.

“Akibat kemalangan, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan manakala pemandu kereta pula tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya