Pengembala kambing OKU maut rempuh Kembara - Utusan Malaysia

Pengembala kambing OKU maut rempuh Kembara

SEORANG duda menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat sembilan dalam kejadian di Blok D PPR Krubong, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Seorang pengembala kambing yang juga orang kurang upaya (OKU) maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta di simpang tiga Taman Kejora Tebong di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa, G.Tamilarasan, 17, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dalam perjalanan dari arah Tebong menghala ke Tampin.

“Setiba di tempat kejadian, sebuah kereta jenis Perodua Kembara dipandu seorang lelaki berusia 46 tahun tiba-tiba keluar membelok ke arah Tebong, menyebabkan mangsa gagal mengelak kenderaan itu dan merempuhnya.

“Akibat kemalangan itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala, manakala pemandu Kembara tidak mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi.

Dalam kejadian berasingan, seorang pemandu lori maut selepas kenderaan berat yang dipandu terbabas sendiri di Lebuh Raya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) Paya Datuk di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, mangsa, Mohd. Hizat Md. Radzi, 45, meninggal dunia di tempat kejadian.

Arshad berkata, ketika kejadian mangsa yang beralamat Gurun, Kedah dalam perjalanan ke Kilang Honda, Pegoh namun tiba-tiba hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan lalu melanggar besi penghadang.

Katanya, mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya