Pengasingan kuasa libatkan pindaan Perlembagaan Persekutuan - Utusan Malaysia

Pengasingan kuasa libatkan pindaan Perlembagaan Persekutuan

SALLEH BUANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pindaan Perlembagaan Persekutuan perlu dilakukan terlebih dahulu sekiranya pengasingan kuasa Pejabat Pendakwa Raya dan Pejabat Peguam Negara mahu dilaksanakan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pakar Undang-undang, Prof. Datuk Salleh Buang berkata, pindaan perlu dibuat untuk ‘membuang’ Fasal (3) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, bagaimanapun cadangan tersebut yang pernah dikemukakan sebelum ini dilihat berdepan jalan sukar kerana pindaan memerlukan majoriti dua pertiga.

“Saya pun dulu pernah mencadangkan perkara sama. Usul yang dibuat ini adalah usul lama yang ditimbulkan semula.

“Kita perlu lihat Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan dan cadangan yang dikemukan Datuk Seri Azalina Othman Said itu perlu dibuat pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk ‘membuang’ Fasal (3). Jadi ini kerja siapa? Kerja Kerajaan. Tetapi adakah mereka ada dua pertiga majoriti pada masa kini?, ” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Azalina sebelum ini berkata, langkah pengasingan dua kuasa itu dapat mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap institusi tersebut.

Dalam pada itu, Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Malaysia (USIM), Dr. Noor Dzuhaidah Osman berkata, pengasingan kedua-dua kuasa perundangan itu secara tidak langsung boleh mengelakkan campur tangan politik dalam satu-satu kes.

“Pengasingan kuasa Peguam Negara sebagai penasihat kerajaan dan juga pendakwa raya mungkin dilihat perlu lebih lagi lagi ia membuka ruang untuk dikaitkan dengan politik

“Jadi adalah lebih baik pengasingan kuasa itu dibuat untuk menjadikan badan perundangan negara kelihatan lebih bebas,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya