Pengasas ‘Sugarbook’ didakwa esok - Utusan Malaysia

Pengasas ‘Sugarbook’ didakwa esok

PENGASAS ‘Sugarbook’ yang dibawa ke Mahkamah Shah Alam baru-baru ini untuk semakan permohonan reman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pengasas aplikasi ‘Sugarbook’ akan didakwa esok di Mahkamah Majistret di sini.

Lelaki berusia 34 tahun itu akan didakwa dibawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan pukul 9 pagi.

Pada 17 Februari lalu, usahawan warga tempatan itu ditahan di perkarangan sebuah kondominium di Kuala Lumpur kira-kira pukul 4.30 petang.

Penahanan itu dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan IPD Shah Alam dan suspek mengaku sebagai pengasas aplikasi Sugarbook.

Bagaimanapun, lelaki itu dibebaskan tanpa reman selepas mahkamah menolak pemohonan reman terhadap lelaki terbabit.

Penolakan permohonan reman itu dilakukan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Noorasyikin Sahat.

Namun, pihak pendakwaan membuat permohonan semakan reman dan Hakim Datuk Noorin Badaruddin membenarkan individu terbabit direman tujuh hari bagi membantu siasatan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya