Pengasas aplikasi ‘Sugarbook’ ditahan semula bantu siasatan kes rogol, kegiatan pelacuran - Utusan Malaysia

Pengasas aplikasi ‘Sugarbook’ ditahan semula bantu siasatan kes rogol, kegiatan pelacuran

FADZIL AHMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pengasas aplikasi ‘Sugarbook’ yang dibebaskan selepas permohonan reman terhadapnya ditolak pagi tadi ditahan semula bagi membantu siasatan kes rogol dan kegiatan pelacuran hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, pihaknya menahan semula lelaki berusia 34 tahun itu susulan laporan yang dibuat seorang pelajar institut pengajian tinggi (IPT).

“Kejadian tersebut dikatakan berlaku di Subang Jaya pada Februari 2019.

“Lelaki ini telah ditahan bagi membantu kes yang disiasat dibawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu merogol dan Seksyen 372 kanun sama (kesalahan terbabit dalam kegiatan pelacuran),” katanya dalam kenyataan petang ini.

Terdahulu, lelaki warga tempatan merupakan usahawan itu dibebaskan tanpa reman selepas permohonan itu ditolak Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Noorasyikin Sahat.

Mengulas lanjut, Fadzil berkata, pihak Pengarah Pendakwaan Selangor telah membuat permohonan semakan berhubung keputusan tersebut.

“Permohonan akan didengar di hadapan seorang hakim Mahkamah Tinggi Jenayah di Shah Alam pukul 9 pagi esok,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya