Penganggur bunuh warga emas positif dadah - Utusan Malaysia

Penganggur bunuh warga emas positif dadah

POLIS menahan suspek yang disyaki menyerang seorang warga emas di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, Alor Setar semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Penganggur yang menyerang warga emas dengan sebilah parang  berhampiran Lebuhraya Sultan Abdul Halim di sini semalam didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, suspek berusia lingkungan 30-an menyerang mangsa, Chua Hock Soon, 73, yang juga peniaga kuih dan juga orang kurang upaya (OKU) itu dengan parang sebelum membawanya masuk ke dalam kereta jenis Proton Saga BLM.

Mayat mangsa dengan kecederaan teruk pada leher kemudian dibuang di tepi pagar Sekolah Kebangsaan (SK) Suka Menanti di sini sebelum suspek berjaya ditahan selepas terlibat dalam kemalangan di Taman Wira, Mergong. 

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, suspek berusia 30-an dari Perumahan Awam Mergong di sini turut didapati mempunyai dua rekod lampau iaitu kes dadah dan ceroboh.

“Suspek yang mengalami kecederaan pada kepala akibat kemalangan sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini,” katanya di sini hari ini.

Difahamkan, suspek kini dalam keadaan tidak sedarkan diri kerana ditidurkan oleh pihak hospital sebagai prosedur rawatan.

Kata beliau, lelaki terbabit direman selama tujuh hari bermula hari ini dengan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan  Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu kenderaan di bawah pengaruh dadah.

Tambahnya, siasatan diteruskan termasuk mengenal pasti motif sebenar kejadian. -UTUSAN 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya