Pengakap tiga generasi keluarga Hamidun - Utusan Malaysia

Pengakap tiga generasi keluarga Hamidun

HAMIDUN Ahmad menunjukkan koleksi pingat dan lencana yang diperoleh sepanjang penglibatan dalam pengakap kepada cucu dan anaknya ketika ditemui di rumahnya di Beseri, Perlis semalam. – UTUSAN/NUR NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Minat mendalam terhadap pasukan badan beruniform pengakap telah membawa Hamidun Ahmad, 67, merantau dari kampung halamannya, Johor Bahru ke Perlis kira-kira 41 tahun lalu.

Hamidun yang juga Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Perlis tertarik dengan badan beruniform itu kerana falsafah yang dibawa pasukan tersebut memberi ilmu yang lengkap dalam kehidupan seperti latihan kepimpinan, mengeratkan persaudaraan tidak mengira warna kulit, agama dan budaya serta membantu orang pada setiap masa.

Beliau mula mengenali pengakap semasa berusia awal 20-an iaitu semasa Jambori Malaysia kali ketiga diadakan di Johor pada 1974 dan dari situ berkenalan dengan kontinjen Pengakap dari Perlis.

“Kagum dengan komuniti yang ada semangat saling membantu saya kemudian telah masuk bersama dalam pasukan pengakap apabila saya datang ke Perlis pada 1980 dan terus menetap serta berkeluarga di sini sehingga sekarang.

“Minat saya ini juga dikongsi bersama dengan lima orang anak dan dua cucu yang juga aktif dalam aktiviti ini semasa zaman sekolah dan ada juga sehingga dewasa.

“Ini kerana, saya selalu membawa anak mengikuti aktivitiaktiviti pengakap semasa mereka kecil sehingga minat itu timbul. Selain itu, pengakap juga dapat mengajar kita berdikari serta kemahiran bertahan dalam kehidupan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Beseri di sini semalam.

Hamidun memberitahu, dia memiliki kira-kira 300 koleksi lencana yang diperoleh melalui acara dan aktiviti yang dilaksanakan pergerakan tersebut.

Pesara swasta yang mempunyai kedai menjual uniform dan lencana pengakap di Jalan Jubli Emas berhadapan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) itu pernah mendapat pengiktirafan Pingat Perkhidmatan Cemerlang kerana jasa dan khidmat bakti dalam Pergerakan Pengakap Malaysia yang dikalungkan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail pada 2009.

“Selain itu, pengakap yang juga mempunyai pergerakan di peringkat antarabangsa membolehkan saya menjalinkan hubungan silaturahim dengan ahli dari luar negara di setiap program Jambori peringkat antarabangsa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya