Pendakwaan tangguh, Exco Terengganu beri alasan hadir mesyuarat mingguan - Utusan Malaysia

Pendakwaan tangguh, Exco Terengganu beri alasan hadir mesyuarat mingguan

Alias Razak
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pendakwaan terhadap Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak, 62, di Mahkamah Majistret di sini hari ini ditangguhkan kerana beliau menghadiri mesyuarat mingguan kerajaan negeri.

Alias yang merupakan Pengarah Kelana Jaya Medical Centre Sdn. Bhd. akan didakwa mengikut Seksyen 68 (1) Akta Syarikat 2016 (Akta 777) kerana gagal menyerahsimpan penyata tahunan syarikat pada 2018.

Majistret Norina Maludin bagaimanapun menetapkan 29 Mac depan bagi sebutan semula kes.

Terdahulu, peguam Alias, Saifuddin Othman memaklumkan kepada mahkamah ketidakhadiran anak guamnya kerana perlu menghadiri mesyuarat mingguan kerajaan negeri yang diadakan setiap Rabu.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Adam Mamat.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN